SEJARAH ASAL USUL TANJUNG BIDARA
Sememangnya nama kawasan
ini berkait dengan pokok bidara yang dijumpai sekumpulan pedagang dari Sumatera
yang datang merantau sekitar abad ke 14.
Kisah ini tidak
diketahui benar atau tidak.namun berdasarkan cerita lisan ,sewaktu kawasan
Tanjung Bidara ini dijumpai dulu ,dikatakan memang banyak pokok bidara tumbuh
disini.
Kumpulan
pelayar serta pedagang pelik bagaimana pokok bidara tumbuh subur dan berbuah
sangat banyak di kawasan berkenaan.Kerana biasanya ia hanya hidup subur di
tengah hutan atau kawasan gurun pasir dan tiada pokok bidara dijumpai di Melaka
ketika itu,katanya.
Oleh kerana
pelik dengan penemuan itu kumpulan pedagang terbabit memutuskan untuk
menjadikan kawasan berkenaan sebagai tempat persinggahan dengan membina rumah
sementara bagi membolihkan mereka berehat selepas penat berdagang.
Bagaimanapun
,dari semasa kesemasa semakin ramai
pedagang tinggal disitu berikutan kedudukan nya yang selesa dan tenang.
Menurut Johar
,orang yang bertanggungjawab menerokai kawasan Tanjung Bidara dikenali sebagai
Datuk Hat,iaitu pedagang serta pelayar yang hebat dan dikenali sebagai “Lanun”
dikalangan lanun serta perompak di Selat Melaka pada suatu ketika dulu.
Kini walaupun
usia kewujudan kawasan Tanjung Bidara dipercayai sama dengan zaman kegemilangan
Kesultanan Melayu Melaka dan berusia lebih 700 tahun.keamanan dan ketenangan
kawasan berkenaan masih tetap terpelihara.
Kini Tanjung
Bidara menjadi lokasi percutian yang menarik di Melaka.
Bagi yang gemar
memancing pula Tanjung Bidara tetap menjadi destinasi tumpuan memancing pesisir
pantai dengan habuan seperti ikan gelama,siakap,kerapu,pari dan jenahak.
Disini juga
terdapat balai cerap “Al Khawarizmi”untuk melihat “ anak bulan”bila tiba bulan
Ramadan.
Kawasan Tanjung
Bidara merangkumi tiga buah kampung iaitu Kampung Air Hitam Pantai, Kampung
Pasir Gembur, dan Kampung Balik Batu.