Monday, 27 October 2014

Visi dan Misi UPTB



VISI
 Membangunkan terus UPTB dalam masyarakat kampung dan mengerakaktifkan ahli-ahli sehingga dikenali di kalangan unit-unit peladang kawasan Masjid Tanah,seterusnya Negeri Melaka dan Kebangsaan.

MISI
  1.Melahirkan ahli-ahli yang menjalankan aktiviti ekonominya yang berasaskan pertanian ,ternakan dan Industry Kecil Sederhana (IKS).
  2.Mengumpul maklumat  ekonomi untuk ahli-ahli supaya lebih berkeyakinan dan boleh berdaya saing.
  3.Menyampaikan terus maklumat yang diterima sama ada berbentuk ilmu pengetahuan ,modal atau pinjaman yang disalurkan oleh kerajaan .
  4.Memberi keyakinan ahli-ahli bahawa “PERTANIAN ADALAH SATU PERNIAGAAN”boleh dicapai  bagi meningkatkan sara hidup.
  5.Menanam sikap Tawakal kepada Allah yang mendorongkan kepada pengeluaran yang bersih berpandukan hukum-hukum Al-Quran.

Asal-usul Tanjung Bidara



SEJARAH ASAL USUL TANJUNG BIDARA

    Sememangnya nama kawasan ini berkait dengan pokok bidara yang dijumpai sekumpulan pedagang dari Sumatera yang datang merantau sekitar abad ke 14.
    Kisah ini tidak diketahui benar atau tidak.namun berdasarkan cerita lisan ,sewaktu kawasan Tanjung Bidara ini dijumpai dulu ,dikatakan memang banyak pokok bidara tumbuh disini.
    Kumpulan pelayar serta pedagang pelik bagaimana pokok bidara tumbuh subur dan berbuah sangat banyak di kawasan berkenaan.Kerana biasanya ia hanya hidup subur di tengah hutan atau kawasan gurun pasir dan tiada pokok bidara dijumpai di Melaka ketika itu,katanya.
    Oleh kerana pelik dengan penemuan itu kumpulan pedagang terbabit memutuskan untuk menjadikan kawasan berkenaan sebagai tempat persinggahan dengan membina rumah sementara bagi membolihkan mereka berehat selepas penat berdagang.
    Bagaimanapun ,dari semasa  kesemasa semakin ramai pedagang tinggal disitu berikutan kedudukan nya yang selesa dan tenang.
    Menurut Johar ,orang yang bertanggungjawab menerokai kawasan Tanjung Bidara dikenali sebagai Datuk Hat,iaitu pedagang serta pelayar yang hebat dan dikenali sebagai “Lanun” dikalangan lanun serta perompak di Selat Melaka pada suatu ketika dulu.
     Kini walaupun usia kewujudan kawasan Tanjung Bidara dipercayai sama dengan zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan berusia lebih 700 tahun.keamanan dan ketenangan kawasan berkenaan masih tetap terpelihara.
    Kini Tanjung Bidara menjadi lokasi percutian yang menarik di Melaka.
    Bagi yang gemar memancing pula Tanjung Bidara tetap menjadi destinasi tumpuan memancing pesisir pantai dengan habuan seperti ikan gelama,siakap,kerapu,pari dan jenahak.
    Disini juga terdapat balai cerap “Al Khawarizmi”untuk melihat “ anak bulan”bila tiba bulan Ramadan.
    Kawasan Tanjung Bidara merangkumi tiga buah kampung iaitu Kampung Air Hitam Pantai, Kampung Pasir Gembur, dan Kampung Balik Batu.


Kata-kata Aluan

Kata-kata Aluan
        Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

        Syukur Alhamdulillah Kepada Allah s.w.t, Pemilik Alam Semestar. Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w beserta keluarga dan sahabat baginda s.a.w
Segala puji-pujian kepada Allah s.w.t di atas limpah kurnia yang telah Allah s.w.t berikan sehingga terbitnya buku yang seadanya ini. Diharapkan buku ini dapat memberi sedikit maklumat kepada mereka yang ingin mengetahui tentang Unit Peladang Tanjung Bidara. Dengan pengetahuan ini, diharap dapat merancang dan meningkatkan sara hidup dan aktiviti berkaitan dengan Unit Peladang Tanjung Bidara.
Adapun, tujuan buku ini dihasilkan adalah sebagai asas pengenalan kepada Unit Peladang Tanjung Bidara serta aktiviti-aktivinya. Sekiranya ada yang berminat untuk menyertai Unit Peladang Tanjung Bidara bolehlah menghubungi Ketua Unit Peladangdi alamat No 32 Km 36 Kg Air Hitam Pantai, Masjid Tanah Melaka.
        Sesungguhnya, diharap pembaca mendapat sedikit maklumat berkenaan Unit Peladang Tanjung Bidara. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan yang buruk itu adalah kelemahan kami sebagai manusia biasa. Assalamualaikum, Syukur Alhamdullillah.